REVIEWS WINDOWS 8

Salam perkenalan kepada anda yang pertama kali jejak blog ohsiber dan ini juga entri pertama :-). Apa kata follow blog ni terlebih dahulu hehe. Kebetulan baru-baru ini pada 26 Oktober 2012 Microsoft lancarkan produk terbaru mereka iaitu Windows 8 Pro. Rasanya semua orang dah tahu tapi mungkin masih ramai yang masih pakai Windows 7 dekat pc masing-masing termasuk la empunya blog ni hehe. Tapi sebelum dilancarkan saya pernah try Windows 8 Beta. Boleh dikatakan sangat berbeza dengan sebelumnya, orang putih cakap 'awesome'. Kalau tak percaya jugak, download sendiri atau beli yang ori.

Metro Start Screen
Berbeza dengan XP, Vista dan 7, Windows 8 merupakan "hybrid OS" kerana selain digunakan pada desktop atau leptop, ia juga dibina khusus untuk tablet pc dimana kaedah touch screen digunakan untuk menggantikan  fungsi mouse dan keyboard.

Gambar diatas adalah Start Screen bagi windows 8, ia sangat mudah untuk mencari apps atau program pada search dan hasil cariannya sangat pantas. Pada mulanya mungkin anda rasa kekok dengan pelbagai fungsi yang diperbaharui.

Bagaimana untuk kembali pada desktop? Hanya tekan butang Windows pada keyboard (sebelah kiri Alt) atau tekan pada tile desktop di Start Screen.

Desktop Review
Charm Bar ialah fungsi baharu yang sangat kritikal dalam Windows 8. Ia berfungsi sebagai "bridge" kepada Start Screen. Charm Bar boleh diaktifkan dengan menggerakkan mouse kepada bucu kanan atau tekan button Windows + C. Ia mempunyai fungsi-fungsi penting seperti connect ke Wi-Fi, menukar Volume, PC setting, Notification atau Sleep, Shutdown dan Restart.

Apa yang lagi menarik, email yang anda terima akan terus muncul pada desktop jadi tidak perlu untuk buka mana-mana browser dan login untuk membaca email. Lagi bagus internet dipasang setiap kali menggunakan pc atau leptop. 

Microsoft Store
Bagi anda yang suka pada hiburan, ia berita baik untuk anda kerana Microsoft telah menambah Windows Store, ia juga sama seperti market yang ada pada Mac, OS X, IOS, dan Android. Anda boleh memuat turun pelbagai applikasi termasuk game, video dan muzik dari Microsoft Store dengan syarat anda perlu mendaftar atau membuka akaun Microsoft terlebih dahulu.

Sebenarnya banyak lagi yang nak dikongsikan tentang Windows 8 ni. Seeloknya mencuba sendiri dan nikmatinya sendiri. Anda akan merasakan perbezaan yang ketara dengan produk Microsoft yang sebelumnya. 

p/s - follow yer...trima kasih


0 komen:

Post a Comment