KEPENTINGAN SEO PADA BLOG TRAFIK RENDAH

Salam semua kenalan atau bukan kenalan..

Rupa-rupanya ada lagi blogger yg tidak tahu betapa pentingnya masukkan blog atau website ke dalam search engine. Cuba anda search nama blog anda melalui Google Search Engine, ada tak tersenarai? Kalau tidak itu masalah besar tapi kalau tersenarai tu bagus la cuma yang masih belum tahu, jom baca apa itu SEO dan kepentingan SEO untuk blog yang kurang trafik. Rugi kalau malas baca!!
SEO
Search Engine


Ok, cuba tanya dan jawab "Bagaimana untuk memasukkan blog ke dalam search engine?" dan satu lagi "Kenapa kena masukkan blog ke dalam search engine?".

Ketahuilah pada masa kini Google telah menguasai search engine di seluruh dunia mengatasi Yahoo, Bing, MSN, dan sebagainya. Semua pengguna internet boleh dikatakan 99.9 % gunakan Google Search Engine sebagai sumber untuk mencari maklumat. Jadi sangat penting untuk anda masukkan blog anda atau artikel anda ke dalam search engine. Tapi ada caranya.

Sebelum anda bina satu blog atau website, pertama sekali anda kena tahu apa kehendak pengguna internet? Gosip? Cari produk? Atau cari tips seharian atau tutorial melakukan sesuatu benda berkaitan teknologi atau bukan teknologi? Itu adalah contoh.

Jadi, jika anda mempunyai blog atau website yang menjual sesuatu produk, adalah amat penting sekali untuk memastikan blog tersenarai dalam search engine (dalam top 10 dalam search engine result). Apabila blog anda dikedudukan atas, ini bermakna semakin ramailah pengungjung atau pelawat yang melawat blog anda (meningkatkan trafik blog serta merta) dan semakin larislah jualan produk anda.

Jadi, janganlah bina blog setakat nak cerita pasal lembu, kucing atau kura2 belaan anda. Takde maknanya nak dapat kedudukan tertinggi di SEO. Kalau boleh anda kena mendahului blogger lain dalam pemilihan artikel seperti isu semasa. Anda kena alert dan pantas menyiarkan sebarang artikel terbaru.

Lagi penting memasang meta tag pada blog. Nak tahu caranya? Cara ini adalah cara blogger2 yang dah popular. Tunggu entri selanjutnya saya akan ajar dengan lebih jelas berkenaan SEO. Jadi mungkin sehari selepas saya update entri ni saya akan ajar bagaimana memasang meta tag pada blog untuk memudahkan search engine mengesan entri blog anda.

jadi sila bookmark blog saya kalau lupa nama blog. (ni pun teknik jahat SEo,.huhuhu mohon bantuan).

Salam dan selamat berusaha.


0 komen:

Post a Comment