WATEFIUTTT!! JANGAN KONGSI 8 PERKARA INI DALAM FACEBOOK


Tahukah anda, facebook merupakan rangkaian sosial nombor satu di dunia yang membolehkan semua pengguna internet boleh berhubung dan berkongsi maklumat dengan pantas. Namun, dalam penglibatan manusia dalam bersosial haruslah ada batas-batasnya. Jadi peringatan, tolong jangan berkongsi 8 perkara ini dalam rangkaian sosial facebook.


Kenapa Jangan Kongsi 8 Perkara Ini Dalam Facebook?


Kini hampir keseluruhan pengguna internet mempunyai akaun facebook. Menurut hasil kajian juga manusia menghabiskan masa lebih dari 5 jam sehari bersama facebook. Segala aktiviti dilakukan samada dirumah ataupun di tempat awam didedahkan melalui laman facebook.

Facebook menjadi sebagai satu alat oleh majikan, stalkers dan agensi-agensi untuk mencari butiran mengenai seseorang dengan begitu mudah.

Jadi ini adalah 8 perkara yang tidak perlu dikongsi dalam laman facebook.


1. Tarikh lahir


Mendedahkan tarikh lahir adalah sangat berisiko tinggi apabila institusi kewangan memerlukan maklumat tersebut untuk kad kredit dan penyata bank.

Malah, ia turut mendedahkan kepada kecurian identiti.


2. Nama ibu


Ingatkah anda bahawa banyak laman web yang menggunakan nama ibu sebagai soalan keselamatan untuk mendapatkan semuala kata laluan. Jadi kemungkinan besar juga penggodam atau hackers akan mendapatkan nama ibu anda untuk akses kata laluan anda.


3. Alamat rumah/ kedudukan 


Kejadian jenayah yang semakin meningkat di negara kita semakin membimbangkan apabila penjenayah mudah untuk memburu mangsa mereka. Tidak perlulah paparkan alamat kediaman kepada umum.


4. Tinggal berseorangan di rumah


"sunyi kerana parent keluar" adalah status yang tidak seharusnya dibuat di laman facebook kerana penjenyah tidak akan teragak-agak untuk memburu anda dengan kadar segera.





5. Balik kampung


Status yang memberitahu ketiadaan dirumah dalam satu tempoh yang lebih daripada sehari menarik perhatian perompak atau pencuri untuk memecah masuk.


6. Gambar yang tidak sesuai


Memandangkan ramai yang gatal tangan, kemungkinan gambar anda digunakan untuk dijadikan profile picture facebook palsu. Atau gambar-gambar anda digunakan untuk perbuatan sihir dan bomoh.


7. Nombor telefon


Jangan menyesal kalau nombor telefon anda ditulis pada pintu tanda awam.


8. Gambar dalam rumah


Membezakan darjat anda dengan orang lain dengan berlatar belakangkan tv plasma 60 inch yang baru, barang perhiasan yang bernilai, dan lain-lain.

Orang lain akan mengambil kesempatan keatas anda. Berlaku kecurian secara memukau dan pelbagai.


6 komen: