APA PERSIAPAN MANUSIA UNTUK MENGHADAPI DAJJAL AL MASIH?

Assalamualaikum, kali ini saya nak kongsikan sedikit pengetahuan yang seharusnya diperingati kepada saudara sesama Islam. sentiasa menjadi persoalan apa persiapan yang harus dilakukan untuk menghadapi Dajjal? Apa yang lebih penting iaitu ilmu mengenai Dajjal. Ketahui bahawa Dajjal manusia yang buta sebelah mata dan bukannya memiliki satu mata sebagaimana yang disebarkan kepada anak2 muda tempatan.

1. Berpegang dengan Islam, mendalami keimanan dan mendalami ilmu tentang Islam.

Apabila umat Islam mendalami ilmu tentang Islam mereka akan tahu bahawa Dajjal itu manusia yang mengaku tuhan. Dajjal adalah manusia hebat yang diberi kuasa oleh Allah.
Apabila Dajjal mengaku dia tuhan sedangkan keadaan fizikalnya yang tidak sempurna (buta sebelah mata) bolehkah kita mempercayainya? Sedangkan kita tahu bahawa Allah itu Maha Sempurna. Malah semua orang yang beriman di hatinya walau hanya sedikit akan nampak di dahi Dajjal itu tulisan Ka Fa Ra (kafir). Ia boleh dibaca oleh semua orang beriman samada yang pandai membaca atau tidak.

Dajjal Al Masih
Gambar Lukisan 
2. Hafal surah Al-Kahfi

Hadis Nabi s.a.w daripada Nawas bin Sam'an, katanya Rasulullah bersabda, "Barang siapa menghafal sepuluh ayat pertama dari surah Al-Kahfi maka dia akan terpelihara dari fitnah Dajjal." (HR Abu Daud)

3. Melarikan diri daripada Dajjal

Apabila mendengar Dajjal sudah sampai hendaklah melarikan diri dan jangan dengan sengaja untuk mendapatkanya. Konsepnya di sini boleh difahami jika ada huru-hara jangan pergi ke tempat itu, lebih baik jauhkan diri dar tempat tersebut.

4. Tinggal di Mekah dan Madinah

Antara orang yang terpelihara dari fitnah Dajjal ialah mereka yang tinggal di Mekah dan Madinah. Rasulullah bersabda, "Madinah tidak akan dimasuki rasa takut terhadap Dajjal. Kerana pada waktu itu kota itu memiliki memiliki tujuh pintu, masing-masing dijaga oleh dua malaikat. " (HR Bukhari). Di dalam hadis lain pula dinyatakan, "Bahawa Dajjal tiu tidak dapat memasuki Madinah dan Mekah kerana dihalang oleh para malaikat."


0 komen:

Post a Comment